Mlm ni aku rasa boring tahap cipan..tu yg tb2 dok terpikir nak letak gmbar anak kawan2 aku..Ni gmbar anak member2 aku yang aku cilok kat frenster korg...Sory geng..aku suka tgok gmbar ni...
Monday, January 18, 2010
gamBar aNak kawan2 ku ( CIAST )
Posted by fiza at 6:01 AM 1 comments
KeNangAn TerinDAh BerSAma KorANG SemUA...



Dah lm aku tak buka friendster aku..dok belek2 gmbr yang ader aku terjumpa gmbar ni semua..gambr ni wat tatapan kawan2 ku semua.....Yang tkder masa ni KAK ANIM & POCIK..
Posted by fiza at 5:14 AM 1 comments
Monday, January 11, 2010
AmSyar & HaZiq

Gambar ni aku cilok dari kak teh nyer facebook ...jgn mare yer kakteh..seronok tgok dak ber dua ni....bergaya mcm org besar jer...mama gigit pipi masing2 kang..eee..geram nyer mama tengok..
Posted by fiza at 5:28 AM 2 comments
Sunday, January 10, 2010
AMsyaR TeLah Di PiNJAm Oleh Opahnyer......
Posted by fiza at 8:50 AM 1 comments
Friday, January 1, 2010
Hepy New YeaR 2010
Amiin....

Posted by fiza at 6:27 AM 0 comments
Tuesday, December 29, 2009
Kerana GamBar Ini..........
AMSYAR.....mama letak gmbar ni kat YM , ramai kwn2 mama ckp amsyar dh ader adik....( mksudnyer aku dah ader 2 anak ) sebenarnyer mama suka letak gmbar ni sebab muka amsyar comel buat mcmtu..syafiq pon sm comel ...mama harap mulut kekawan mama ni masin la..hehehe dah teringin dh ni lom ader rezeki lg nie.....
Posted by fiza at 5:19 AM 1 comments
Wednesday, December 16, 2009
Selamat Tinggal Tahun 1430 H & Selamat Datang Tahun 1431 H
بسم الله الرحمن الرحيم
Doa Akhir Tahun dibawah ini, dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Dan Doa Awal Tahun di bawah ini, dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Posted by fiza at 6:45 AM 0 comments
Saturday, December 12, 2009
" Selamat Pengantin Baru Ti & Kak Midah"
Posted by fiza at 6:27 PM 1 comments
Wednesday, December 9, 2009
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa” (QS Al-Furqan:74)
“Ya Tuhanku, berikanlah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Do’a” (QS Ali ‘Imran:38 )
“Ya Tuhan Kami, sesungguhnya kami mendegar (seruan) yang menyeru kepada iman, (yaitu): “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”, maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami neserta orang-orang yang banyak berbuat baik” (QS Ali ‘Imran:193)
“ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, karena itu masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah)” QS Ali ‘Imran:53)
Posted by fiza at 6:18 PM 0 comments
Monday, November 9, 2009
Salam semua.....
Inila dia buah hati kami...Nama dia AMMAR AMSYAR BIN MOHD FAHMY REDZA....Alhamdulilah..si kecik ni dilahirkan scra operate..sbb sonsang....kami dh berusaha nak betulkan posisi utk cb bersalin normal di Pakar An-nur tapi budak kecik ni dh sedap dgn position sonsang...ishish..sakitnyer bila Dr tu dok tekan2 perot fiza tapi tak berjaya jgak..dh memg rezeki utk operate....Yang penting semua selamat..Dak kecik ni lahir pada 12 Nov 2007..ingtkan nak pilih tarikh 11.11.07 tapi hri tu hari ahad...Dr suh pilih isnin....12.11.07....
Semoga Ammar Amsyar Jadi Anak Yang Soleh.....Amin.
Posted by fiza at 8:10 AM 0 comments
Saturday, October 10, 2009
AmsYAr & MariSA
Gambar ni aku ambik masa open house PPj ...aku saje letak gambar ni, sebab aku nak suh amsyar tgok..nnti dia mesti tnya ( bila dh besar nnti la ) mama saper aweks cun nie ...mesti amsyar terkejut bila mama ckp nila marissa anak auntie liza tue ..ha baru tau korang dulu waktu kecik2 memg comel..( hehehe ) susah nak tangkap gambar mereka berdua ni....nila dia gambar gandingan amsyar & marisa.....
Posted by fiza at 5:11 PM 0 comments
Sunday, July 19, 2009
HaRi Nie HARi LAhir Aku.....
Hari ini genap mama 26 tahun dilahirkan di muka bumi ini. Alhamdulillah syukur yang tak terhingga kerana dengan izin Nya mama masih lagi menghirup udara yang segar dan menikmati keindahan alam ciptaan Nya. Setahun umur bertambah, sebenarnya semakin hampir kita dengan kematian.
Terima kasih ya Allah kerana pada saat ini Engkau telah memberikan aku seorang suami yang baik dan seorang putera yang comel. Jika diingat kembali saat melahirkan anak dulu, hanya Alah yang tahu. Mulut terkumat kamit tak henti-henti berdoa supaya pemudahkan urusan. Alhamdulillah saat itu dah berlalu dengan selamat. Sekarang baru merasai betapa bersusah payahnya ibu untuk mengandung, melahirkan dan membesarkan anak. Dan mama juga bersyukur kerana memiliki seorang ibu mertua yang sangat baik walaupun bukan mak kandung sendri tapi layanan sama seperti mak menjaga anak sendiri.....
Sebagai pengisian jiwa dan rohani, marilah sama-sama kita renungi nasihat Lukman al-Hakim kepada anaknya, mudah-mudahan kita dapat mendidik anak kita dengan ilmu agama yg cukup serta akhlak yang baik..insyaallah..
Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
Hai anakku; orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukan oleh mu, maka marahnya ibubapa terhadap mu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
Hai anakku; Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
Hai anakku; Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
Hai anakku; seseorang pendusta akan lekas/cepat hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian/nasihat kepada orang yang tidak mahu mengerti atau mendengar nasihat.
Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
Hai anakku; Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang merbahaya.
Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
Hai anakku; janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan apa sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan apa saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
Hi anakku; Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
Hai anakku; selalulah baik tuturkata dan halus budi-bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang yang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
Hai anakku; Jadikanlah dan jagalah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan celaan pada dirimu.
Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
Hai anakku; usahakanlah dan jagalah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
Hai anakku; Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata-kata yang mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dari berkata-kata kotor tentu akan menyesal.
Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur yang selalu disirami air hujan.
Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Posted by fiza at 5:51 AM 0 comments
Tuesday, July 14, 2009
Di GenTinG BeRsAma YanTy.
Dah lama tak jumpa yanti....Kami ke genting ni pon sebab plan last minute. Wan ( husbnd yanti ) la ni punya plan. Tapi aku sebenarnya suka plan last minute dri plan awal2 ni mesti tak jadi. Kami pergi hari bekerja. Seronok dh lm kitorang tak berjumpa. Yanti ramai kwn2 kiter terkejut kiter gi genting sesama. Macm tak percya kan..yerla kiter pon dm lm tak jumpa. Aku kat cni ko di PD..Bila masala nak berjumpakan. Masa kami pergi , ramai tol org arab. Rimas lak aku...kabus pon tebal. Sejuk takyah ckpla kat atasku, bygkan sampai amsyar nyer mulut kuar asap bila becakap. Kami balik hari tak tido sana pon. Sebab besok aku keje mcm biasa. Kat bawah ni aderla ckit gmbr utk wat kenangan kuar ngan yanti.
Ini gambar kami sekeluarga sempatla berposing kejap..
Yang dalm cawan tu la ynti...Dia sekeluarga..
Ni si amsyar ngan si tahrwan...Dorgla paling happy sekali..Berlari cna cni..berjogetla..main kat tamanla....mcm2 lagila. Tapi Tharwan takut nak naik mainan. Amsyar naik sesorang jer..Mcmtula anak mama, berani...heheheh
Posted by fiza at 9:56 PM 1 comments
Sunday, December 14, 2008
CuTi-CuTi MaLaYsiA di LaNgKAwi
Masa ni kebetulan mghantar sepupu aku gi bertunang dgn owang utara..kat Kuala Kedah..dah sampai kesana terus la ke langkawi....masa ni amsyar tak pandai jalan lagi..bnyak brg dia nak kene bwk..termasukla stroller...sib baik ader sepupu2 lelaki yang tolong bwkkan brg2 aku...Tq la pada korang...kalu tak penat berjalan bwk dak kecik nie...Kami tido di hotel Awana Porto Malai Resort Langkawi selama 3 hari 2 malam....best sesangat..bawah ni aderla beberapa gambar yang boleh di simpan utk wat kenangan....

Kolam renang pon boleh la aku bagi 2 bintang jer... sbb tk besar sangat...amsyar suka sakan la dia dapt main air kat ctu...
Ni depan bilik aku.kalu jenguk ckit kat bwh ader cafe.Ni aku ambik dlm pukul 7 ptg.....
Ni dia "Team Kami" ...ramaikan..ramai lelaki.nila dia yang tolong bawakkan brg2 aku...hehehe.lain kali leh bwk korg lagi...hahaha..masa ni kat jmbtan kabel car tu...sayupnyer kat bawah tu..lutut aku mengeletar atas ni.Aku jadi cameraman jer...
Sebijik tol muka amsyar dgn babah..cuma amsyar versi putih jer ( jgn mare babah ).Tapi tula hakikatnyer..hehehe..muka amsyar memg cool dlm cabel car ni.Mama dah ngilu jantung nie rasa mcm taknak naik dah..wawa siap perli aku lg ckp " kak fiza ni penakotla " ish kecoh tol dak becok nie....
Masa ni " Team Kami " dah tinggal ckit, separuh dah balik...tinggal yang ni je..Gambar ni di Aquaria..Kononla sejuk berlakon semua tu.Hehehe.Apa2 pon memg best masuk kat cni. Ni Paklong amsyar ( abg aku yang sulung )...masa ni amsyar dah mengamuk nak tido.
Ni jerla gambar yang sempat aku ambik di sana...Tahun depan nak gi mana plak yerk????? tunggu jerla plan dari babah.
Posted by fiza at 5:54 PM 0 comments












