BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, December 29, 2009

Kerana GamBar Ini..........





AMSYAR.....mama letak gmbar ni kat YM , ramai kwn2 mama ckp amsyar dh ader adik....( mksudnyer aku dah ader 2 anak ) sebenarnyer mama suka letak gmbar ni sebab muka amsyar comel buat mcmtu..syafiq pon sm comel ...mama harap mulut kekawan mama ni masin la..hehehe dah teringin dh ni lom ader rezeki lg nie.....

Wednesday, December 16, 2009

Selamat Tinggal Tahun 1430 H & Selamat Datang Tahun 1431 H

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Akhirilah tahun 1430H dengan baik dan mulakanlah tahun 1431H dengan azam dan semangat yang baru demi kasih dan cinta kita kepada Allah S.W.T...Alhamdulillah ku bersyukur kepadaMU..Semoga kasih sayang Allah sentiasa bersama-samaku dalam mencari yang terbaik disisi Allah dan dalam mengejar "Nur", "Cahaya Petunjuk"

Syukur kepadaMU, Ya Allah kerana memberi pelbagai nikmat kepadaku sehingga ke hari ini, Ya Allah..bantulah diriku ini menjadi hambaMU yang benar-benar bersyukur dan ikhlas, bantulah diriku menjadi hambaMU yang taat perintahMU, bantulah diriku menjadi anak yag solehah,penyejuk hati ibu dan ayah, jauhkanlah diriku daripada terpedaya dengan hasutan dan godaan syaitan durjana, bantulah aku dan keluargaku dalam mencari yang terbaik di sisiMU,aku sentiasa menagih kasih sayangMU,Ya Allah..menagih kasih sayangMU yang tiada tolok bandingnya..temukanlah aku dengan cinta yang membawa aku cinta kepadaMU, Tuhan ku yang SATU..Sesungguhnya hanya cinta kepadaMU adalah cinta yang kekal dan abadi dan Sesungguhnya Engkau lah Maha Pengasih dan Maha Penyayang..Berilah aku sekeluarga kebahagiaan di dunia dan di akhirat..Aminn..

Doa Akhir Tahun dibawah ini, dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


Dan Doa Awal Tahun di bawah ini, dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.




Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Saturday, December 12, 2009

" Selamat Pengantin Baru Ti & Kak Midah"



Selamat Pengantin Baru Kak Midah & Pocik ( nm panggilan )...semoga kekal hingga ke akhir hayat...Sory yer tak dapat dtg jauh sgt kat Penang...hehehe..Nak citer ckit pasal dorang ni, mereka ni member classmate aku....mereka ni juga student paling tua dlm kelas aku.. hehehe jgn mare yer pocik..Betolla org tua kata kalu dah jodoh tidak kemana. Dorang ni couple diam2..hampeh tol time nak kawin pon boleh nak berahsia lagi ....Anyway korangla paling lama ber couple dan kekal hingga ke jinjang pelamin..




Buat Ct dan pasangan ( lupala nm husband dia ) semoga kekal hingga ke anak cucu....Buat ct ko memg cun perubahan yang ketara pada ko...Aku ckp mcmtu sbb ct ni member aku yang kasar ckit...hehehe jgn mare ti..Lagi satu tima kasih ct ambik katering ngan aku...Di sebabkan kenduri dia ader customer berminat dgn perkhidmatan kami...Alhamdulilah....

Wednesday, December 9, 2009

mcm2 keletah amsyar nie....







Doa untuk keluarga


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa” (QS Al-Furqan:74)

رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء

“Ya Tuhanku, berikanlah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Do’a” (QS Ali ‘Imran:38 )

رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ

“Ya Tuhan Kami, sesungguhnya kami mendegar (seruan) yang menyeru kepada iman, (yaitu): “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”, maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami neserta orang-orang yang banyak berbuat baik” (QS Ali ‘Imran:193)

رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنزَلَتْ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ

“ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, karena itu masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah)” QS Ali ‘Imran:53)