BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Monday, January 18, 2010

gamBar aNak kawan2 ku ( CIAST )

Mlm ni aku rasa boring tahap cipan..tu yg tb2 dok terpikir nak letak gmbar anak kawan2 aku..Ni gmbar anak member2 aku yang aku cilok kat frenster korg...Sory geng..aku suka tgok gmbar ni...


yanti & tharwan yang hencem..


kak anim & anis yang suka nyanyi.......


anak liza(semangat nyer....)


Kak Ct & Anak


Che Ani & anak ( kwn yg dh lm menyepi..rindu kat ko )


Yang ni anak misra ( muka ayah dia ni )


anak Ajip ( muka ko la ajip )

korang nak komen, komenla..tapi ni bukan untuk pertandingan bb comel ok? just utk tatapan korang jer.....la ni tunggu anak kak midah, kecik & amy...coming soon bila dh ader aku akan update balik....

KeNangAn TerinDAh BerSAma KorANG SemUA...



Dah lm aku tak buka friendster aku..dok belek2 gmbr yang ader aku terjumpa gmbar ni semua..gambr ni wat tatapan kawan2 ku semua.....Yang tkder masa ni KAK ANIM & POCIK..

Monday, January 11, 2010

AmSyar & HaZiq



Gambar ni aku cilok dari kak teh nyer facebook ...jgn mare yer kakteh..seronok tgok dak ber dua ni....bergaya mcm org besar jer...mama gigit pipi masing2 kang..eee..geram nyer mama tengok..

Sunday, January 10, 2010

AMsyaR TeLah Di PiNJAm Oleh Opahnyer......


Semalam opah dtg..amsyar nak ikut opah balik, opah nak pnjam amsyar nak bawak balik KL...amsyar tau tak mlm tadi mama rindu amsyar sesangat...( amsyar rindu ker kat mama ) . dekat kepala mama ni mcm2 mama pikir pasal amsyar tau:-
- amsyar wat apa sekrg ni yerk???? ( ntah2 tgh tido lagi )
- Sihat ker??? ( kalu dok umh opah balik msti terlebih sihat, opah bgi mkn je keje..hehehe)
- sebelom tido mesti amsyar ckp mcmni " ma..pok ma " ( mama tepuk )
- semuala keletah amsyar mama teringat ....
tak boleh jadi ni , ptg ni nak ajak babah ambik amsyar jgak...bila amsyar semakin besar banyak ragam & keletah dia membuat kan mama rindu pada amsyar...dalam masa yang sama baru mama terasa yang rumah ni sunyi bila takder budak kecik nie....mama kene anak ada anak ramaila.....tapi??????????????? ( hehehe kalau ader rezeki pasti dapat )..sekian.

Friday, January 1, 2010

Hepy New YeaR 2010

Azam 2009 aku dah ker tercapai??????? apa yang aku leh gitau alhamdulilah separuh dh tercapai...so mner yang tertunggak tu aku listkan dalam azam 2010 ....harap2 tahun 2010 ni menjadi satu kenangan yang terindah dari tahun2 yang lepas .Kita tinggalkan 2009 dengan seribusatu kenangan dan duka.Kalau perlu, kita jadikan sempadan...Selamat Datang DuaPulohSepuloh...Semoga akan jadi lebih dari setahun sebelum.Dan insyaAllah...masa mendatang akan sentiasa memohon dariNya agar dipermudahkan.
Akan sentiasa diberkati...
Amiin....


"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Tuesday, December 29, 2009

Kerana GamBar Ini..........





AMSYAR.....mama letak gmbar ni kat YM , ramai kwn2 mama ckp amsyar dh ader adik....( mksudnyer aku dah ader 2 anak ) sebenarnyer mama suka letak gmbar ni sebab muka amsyar comel buat mcmtu..syafiq pon sm comel ...mama harap mulut kekawan mama ni masin la..hehehe dah teringin dh ni lom ader rezeki lg nie.....

Wednesday, December 16, 2009

Selamat Tinggal Tahun 1430 H & Selamat Datang Tahun 1431 H

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Akhirilah tahun 1430H dengan baik dan mulakanlah tahun 1431H dengan azam dan semangat yang baru demi kasih dan cinta kita kepada Allah S.W.T...Alhamdulillah ku bersyukur kepadaMU..Semoga kasih sayang Allah sentiasa bersama-samaku dalam mencari yang terbaik disisi Allah dan dalam mengejar "Nur", "Cahaya Petunjuk"

Syukur kepadaMU, Ya Allah kerana memberi pelbagai nikmat kepadaku sehingga ke hari ini, Ya Allah..bantulah diriku ini menjadi hambaMU yang benar-benar bersyukur dan ikhlas, bantulah diriku menjadi hambaMU yang taat perintahMU, bantulah diriku menjadi anak yag solehah,penyejuk hati ibu dan ayah, jauhkanlah diriku daripada terpedaya dengan hasutan dan godaan syaitan durjana, bantulah aku dan keluargaku dalam mencari yang terbaik di sisiMU,aku sentiasa menagih kasih sayangMU,Ya Allah..menagih kasih sayangMU yang tiada tolok bandingnya..temukanlah aku dengan cinta yang membawa aku cinta kepadaMU, Tuhan ku yang SATU..Sesungguhnya hanya cinta kepadaMU adalah cinta yang kekal dan abadi dan Sesungguhnya Engkau lah Maha Pengasih dan Maha Penyayang..Berilah aku sekeluarga kebahagiaan di dunia dan di akhirat..Aminn..

Doa Akhir Tahun dibawah ini, dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


Dan Doa Awal Tahun di bawah ini, dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.




Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..